Hari Jumaat terakhir sebelum melangkah ke tahun 2024. Alhamdulillah selesai Bacaan Yassin Mingguan. Program pengisian rohani wajib bagi setiap staff dalam memulakan pekerjaan di hari Jumaat. Antara pesanan Mummy Zana pada hari Jumaat terakhir 2023 ini; “Niatkan hari ini lebih baik dari semalam, niatkan tahun depan lebih baik dari tahun ini. Kita boleh ajak orang ke arah kebaikan tetapi bergantung kepada diri sendiri untuk berubah atau tidak. Improve diri dan ambil setiap yang kita lalui sepanjang 2023 ini sebagai suatu learning process untuk berubah lebih baik” InshaAllah semoga tahun 2024 kita semua berubah ke arah lebih baik dari semua aspek, memberi manfaat kepada diri dan orang sekeliling 🤲💪☺️