Sumbangan dari Program Ramadhan in my Heart 5.0

SALAM SYAWAL 1442H.Bersempena Syawal yang mulia ini, seluruh pihak pengurusan NEUROKHALIFAH GROUP SDN BHD ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..Semoga sambutan Hari Raya ini disambut dengan penuh kesyukuran dalam kesederhanaan. .Alhamdulillah Pihak Neurokhalifah ingin melaporkan bahawa semua Wakaf dan juga Sumbangan dari Program Ramadhan in my Heart 5.0 telah selamat dan sempurna diserahkan kepada Asnaf dan golongan yang memerlukan seperti di bawah :

1. Anak Yatim dan Asnaf di Rumah Amal Raudhatul Jannah Olak Lempit

2. Rumah Penyayang Warga Prihatin (120 orang)

3. Ibu tunggal dan asnaf Sijangkang (220 keluarga)

4. 20 keluarga Asnaf Jenjarom

5. Asnaf Kebun Baru / Telok Panglima Garang

6. 30 penerima Telekung daf Al Quran asnaf di Tawau Sabah.

7. 20 penerima sumbangan makanan di Pertubuhan Anak Yatim & Asnaf Sijangkang.

Jutaan terima kasih di atas semua sokongan dan sumbangan dari pihak parents dan juga warga kerja Neurokhalifah yang bertungkus lumus menyerahkan amanah dari Pewakaf dan Penyumbang kepada pihak memerlukan.

Bersamalah kita titipkan doa buat mereka dan eratkan kasih sayang buat mereka yang memerlukan..InsyaAllah Neurokhalifah akan merancang untuk Ramadhan in my Heart 6.0 nanti pada tahun hadapan.

InsyaAllah. .Peringatan bersama buat semua, patuh amalan SOP normal baharu dan lindungi diri serta keluarga tersayang..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

✨

#ramadhaninmyheart#lcjenjarom#lctelokpanglimagarang#lcsijangkang#littlecaliphstelokpanglimagarang#littlecaliphssijangkang#littlecaliphstamanbentara#littlecaliphsjenjarom#neurokhalifahacademy#naurakasih#shopneurokhalifah #neurokhalifah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *