MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM NEUROKHALIFAH FUN RUN
Dengan dukacitanya, kami dari Neurokhalifah ingin mengumumkan bahawa NEUROKHALIFAH FUN RUN 2020 yang akan diadakan pada 18 April 2020 terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Ini kerana mengambil kira keadaan semasa berkenaan ancaman wabak COVID-19.
Kami memohon ribuan maaf dan bagi pengambilan RACEKIT juga akan berlaku perubahan ke satu tarikh dan masa yang akan diberitahu.
SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI
Sehubungan dengan itu, semua pihak terlibat boleh menghubungi pihak penganjur untuk sebarang maklumat lanjut ditalian 017-6287769, 013-3207558 atau 019-6732339.
Sekian untuk makluman. Terima Kasih.
