Hari Sukan dan kemerdekaan Tadika Little Caliphs Neurokhalifah 2022

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan, Tadika Little Caliphs Neurokhalifah (LC Jenjarom, LC TPG, LC Sijangkang ,LC Taman Bentara telah mengadakan Hari Sukan dengan jayanya bertempat di Stadium Jugra Banting.


Hari Sukan telah dilaksanakan pada 27 Ogos 2022 yang melibatkan semua pelajar Tadika Little Caliphs Neurokhalifah dari 4 cawangan serta ibu bapa dan penjaga.


Tujuan program ini diadakan untuk memupuk semangat perpaduan ,disamping menyemai semangat kesukanan dan keyakinan diri serta dapat menunjukan bakat mereka. Selain itu juga, ia dapat merapatkan hubungan dan kemesraan ibubapa serta penjaga, kanak-kanak serta guru-guru Tadika Neurokhalifah.


Pelbagai acara sukan turut diadakaan bagi kanak-kanak dan ibubapa, dan tidak lupa juga laungan MERDEKA dibuat untuk memperingati hari kemerdekaan.


Terima Kasih juga pada penaja-penaja serta ibu bapa yang sudi menaja pada hari tersebut.
Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan.


#neurokhalifah #littlecaliphsjenjarom #littlecaliphstelokpanglimagarang #littlecaliphssijangkang #littlecaliphstamanbentara #neurokhalifahacademy #naurakasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *