Trip NKA Selangor Fruit Valley

Hari minggu yang lepas, Neurokhalifah Academy telah julung kalinya membuat lawatan sambil belajar di Selangor Fruit valley. Seramai 100 orang (81 = pelajar, 19 = guru n parents ) yang terlibat dengan lawatan tersebut.

Objektif lawatan ini ialah:

1. Mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru

2. Memupuk semangat cinta akan flora dan fauna

3. Mengenali susur galur haiwan dan tumbuhan tempatan

Selangor Fruit Valley yang terletak di Bestari Jaya merupakan kawasan yang terbentang luas dengan pelbagai daya tarikan bagi membolehkan para pelajar mengalami sendiri pengalaman aktiviti pertanian dan merasai pelbagai jenis buah tempatan serta sayur-sayuran yang segar. Pelbagai aktiviti menarik seperti Menaiki Tram. Lawat Pavilion, Laman Mini Herba & Eco BridgeLawat Taman Rusa, Taman Arnab & Laman Itik , Lawat Rumah Kampung dan paling seronok percuma buah potong dan air kelapa.

SFV dengan keluasan lebih kurang 1000 hektar merupakan satu kawasan yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan tiga (3) tujuan utama iaitu jaminan makanan (food security), pelancongan pertanian (agrotourism) dan usahawan tani (agrotreperneur).SFV dilengkapi dengan 25 jenis buah-buahan tempatan seperti kelapa pandan, jambu, nangka, manggis, durian, rambutan, pulasan, belimbing, nangchem, mangga, manggis, cempedak, pisang, dukong dan sebagainya.Jom lihat kelatah anak-anak NKA Jenjarom dan NKA Sijangkang.

Jom lihat kelatah anak-anak NKA Jenjarom dan NKA Sijangkang.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *