NKA Booster Camp 2022

Alhamdulillah pada tanggal 21hb December – 23hb December telah berlangsungnya NKA Booster Camp di NKA Jenjarom. Selama 3 hari berturut -turut program yang dijalankan penuh dengan pengisian yang sangat berfaedah dan memberi banyak pengajaran dan pembelajaran kepada para peserta.

Antara program2 yang dijalankan seperti Kelas Tajwid bersama NKA iaitu diketuai oleh SIR Hamzi dari NKA Jenjarom. Disini para peserta telah diajar tentang hukum-hukum Tajwid dan kemudian diikuti dengan Kelas mengaji bersama ustazah Aisyah Baain dari Azdan Quranic Center.

Pada hari kedua pula , peserta-peserta telah bertemu pula dengan Coach Izwan dan Coach Amie dari Insaniah Training & Consultancy. Disini peserta telah didedahkan bagaimana untuk menjadi orang yang berguna dan berjaya dengan membentuk Jati Diri dari segi mental dan fizikal.

Hari terakhirnya, NKA telah bergabung dengan Trio Consultant (STEM ) dari Uitm Puncak Alam. Di sini mereka telah melakukan banyak ekperiment dari segi sains dan juga matematik.. Antara aktiviti yang dijalankan seperti Ice Pop, Bina Roket dan juga Speed & Race.

Alhamdulillah semua peserta memberikan feedback yang baik dan sanagt bersemngat apabila mengikuti program NKA Booster Camp ini.. Terima kasih juga pada semua fasilitator dan speaker kerana sudi bekerjasama bersama Neurokhalifah Academy. Semoga kita akan bertemu lagi di event-event yang akan datang ..Insyallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *