In myheart Ramadhan 6.0

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua parents Neurokhalifah yang dikasihi.

Untuk makluman, pada tahun ini , Little Caliphs Neurokhalifah (LC Jenjarom, LC Telok Panglima Garang , LC Sijangkang dan LC Taman Bentara) telah menganjurkan satu program bersempena bulan Ramadhan iaitu Program Ramadhan in My Heart 6.0 Program ini adalah program yang berlangsung setiap tahun dan tahun ini merupakan tahun ke 6 diadakan.

Pihak tadika akan mengumpul sumbangan berupa barang keperluan harian daripada ibu bapa dan barang tersebut akan diserahkan kepada pihak yang memerlukan di komuniti/ qariah tadika. Jika ada diantara parents dermawan yang berminat untuk menginfaqkan sumbangan, boleh menghantarkan sumbangannya ke tadika pada setiap hari bermula pukul 2.30 ptg sehingga 5.00 petang.

Objektif program ini di jalankan bagi memuliakan aktiviti amal dan kebajikan sepanjang bulan Ramadan dan untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan dan juga asnaf. Justeru, pihak tadika mengharapkan parents dermawan mengambil peluang dan rebutlah amalan-amalan yang boleh dilakukan ini demi mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

Antara contoh sumbangan yang diperlukan adalah :

  1. Sumbangan makanan kering
    -beras
    -gula
    -bihun
    -tepung
    -kuih
    -susu tin
    -maggi
    -kordial
    -minyak masak
    -teh dan lain-lain
  2. Sumbangan Pakaian
    Yang terdiri daripada pakaian kanak-kanak sehingga dewasa:
  • baju kurung/jubah
  • t shirt / seluar / kain
  • tudung
  • baju bayi (0-6 bulan)
    -baju kanak-kanak (6-12 tahun)
  1. Sumbangan Keperluan Harian
  • Sabun/ pencuci/ ubat gigi
  • Hand Sanitiser
  • Facial mask
  • Ubat Nyamuk
  • Pampers, pad wanita
  • Berus gigi, dan lain-lain

Diharap ibu bapa masih dapat memberi sokongan dan kerjasama atas program yang dijalankan pada tahun keenam ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dermawan yang akan menyumbang dalam program ini. Semoga Allah melipat gandakan rezeki yang diperolehi di bulan mulia ini.

Sumbangan ini akan diserahkan pada minggu ketiga April mulai 21 April sehingga 29 April 2022 dan akan diedarkan kepada anak – anak yatim/ asnaf/ rumah pengasih/ ibu tunggal dan lain-lain yang terpilih.

Antara Organisasi yang akan menerima sumbangan adalah :

✅ Pertubuhan Rumah Anak Yatim Dan Asnaf Kampung Sijangkang
✅ Rumah Anak Yatim Asnaf Assolihin, Kanchong Darat
✅ Darul Wardah, Jalan Kebun Tempat Perlindungan Wanita
✅ Pertubuhan Rumah Anak Yatim Deerah Kuala Langat Sungai Buaya
✅ Golongan Asnaf dari Masjid – masjid di kawasan Jenjarom , Sijangkang dan Telok Panglima Garang

Bagi ibu bapa yang ingin menyumbang secara tunai juga boleh membuat transaction online ke akaun wakaf tadika dan maklumkan kepada pihak tadika mengenai sumbangan berikut. Sumbangan boleh diserahkan kepada pihak tadika pada atau sebelum 18 April 2022.

Akaun Wakaf Tadika ??

AKAUN : MAYBANK
NO AKAUN : 562058072643
NAMA : NEUROKHALIFAH GROUP

Resit online transaction untuk sumbangan perlu diemailkan ke email seperti dibawah :

wakafneurokhalifah@gmail.com

Semoga kemeriahan bulan Ramadhan dan Aidilfitri dapat dinikmati bersama bagi seluruh umat Islam.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *