THANK YOU

Assalamualaikum w.b.t

*UCAPAN TERIMA KASIH DAN TAHNIAH SEMPENA MAJLIS ANNUAL GRAND IHTIFAL LITTLE CALIPS JENJAROM & TELOK PANGLIMA GARANG 2019*

Alhamdulillah, baru-baru ini Neurokhalifah LC JENJAROM & LC Telok Panglima Garang dengan jayanya telah mengadakan Majlis Annual Grand Ihtifal pada 16 & 17 November 2019 di Amverton Cove Golf & Island Resort.

Neurokhalifah LC Jenjarom & LC Telok Panglima Garang mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa Majlis, Para Guru, Tetamu Jemputan, Ibu Bapa, Para Penaja dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pada kali ini.

Neurokhalifah LC Jenjarom & LC Telok Panglima Garang merakamkan sekalung penghargaan kepada Puan Sharifah Salwa Bt Syed Abd Rahman wakil dari Nasyrul Alquran dan YB En Abd Hamid B. Hj Abdul Majid Penolong Pegawai Pendidikan Daerah wakil daripada Jabatan Pengurus Sekolah Pejabat Daerah Kuala Langat diatas perasmian Majlis Annual grand Ihtifal 2019.

Majlis tahun ini adalah istimewa kerana secara rasminya Neurokhalifah telah didaftarkan sebagai Neurokhalifah Group Sdn Bhd dan telah dirasmikan oleh Tuan Abd Hamid Ismail.

Tidak dilupakan juga penghargaan dan terima kasih kepada para penaja di atas sumbangan yang telah diberikan dan pada ibu bapa yang tidak putus-putus memberi kepercayaan dan kerjasama dalam menjayakan majlis pada kali ini.

Tahniah & syabas kepada semua para pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan .

Semoga pengorbanan dan usaha kita semua mendapat keberkatan dan rahmat dariNYA.

Amin…

Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *