Ramadhan in My heart 5.0

Assalamualaikum w.b.t . Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua parents. Pada tahun ini LC Jenjarom, LC Telok Panglima Garang dan LC Sijangkang telah menganjurkan program Ramadhan in My Heart tahun ke-5. *Program Ramadhan in My Heart 5.0* .Pihak tadika akan mengumpul sumbangan berupa barang keperluan harian daripada ibu bapa dan barang tersebut akan diserahkan kepada pihak yang memerlukan di komuniti/ qariah tadika. Jika ada diantara parents dermawan yang berminat untuk menginfaqkan sumbangan, boleh menghantarkan sumbangannya ke tadika.

Antara contoh sumbangan yang diperlukan adalah :

1. Sumbangan makanan kering, beras, gula, bihun, tepung, kuih, teh dan lain-lain

2. Pakaian

Objektif program ini di jalankan supaya dapat menerapkan dan mendidik young caliphs mengenai amalan bersedekah di dalam Islam. Diharap ibu bapa dapat memberi sokongan atas program yang ingin dijalankan. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dermawan yang akan menyumbang dalam program ini. Semoga Allah melipat gandakan rezeki yang diperolehi di bulan mulia ini. Sumbangan akan diserahkan pada minggu pertama Mei 2021 dan akan dibahagikan kepada:

1. *Rumah Anak Yatim Olak Lempit*

2. *Asnaf Jenjarom*

3. *Asnaf TPG*

4. *Ibu-ibu tunggal di Sijangkang*.

Bagi ibu bapa yang ingin menyumbang secara tunai boleh membuat transaction online ke akaun wakaf tadika dan maklumkan kepada pihak tadika mengenai sumbangan berikut. Sumbangan boleh diserahkan kepada pihak tadika pada atau sebelum 30 April 2021.

Akaun Wakaf Tadika

??

AKAUN : MAYBANK

NO AKAUN : 562058072643

NAMA : NEUROKHALIFAH GROUP .

Resit online transaction untuk sumbangan perlu diemailkan ke email seperti dibawah :

wakaf.neurokhalifah@gmail.com.

Parents boleh mula menghantar sumbangan bermula 2.30 ptg – 5.00 ptg setiap hari dari Isnin – Jumaat.

Semoga kemeriahan Ramadan dan Eidulfitri dapat dinikmati bersama bagi seluruh umat Islam.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *