Program Ramadhan In My Heart 7.0 ( Program Wakaf Telekung)

❤Assalamualaikum semua parents yang dihormati❤
?Bersempena Ramadhan 2023 yang bakal menjelma tidak lama lagi, Tadika Neurokhalifah Little Caliphs Jenjarom, Telok Panglima Garang, Sijangkang dan Taman Bentara berbesar hati ingin mengadakan Program Ramadhan In My Heart 7.0 ( Program Wakaf Telekung) untuk menyantuni warga yang kurang berkemampuan bagi memiliki telekung yang selesa dalam menunaikan ibadah solat dengan sempurna dan khusyuk sepanjang bulan Ramadhan nanti. In Syaa Allah.


Untuk makluman parents, Program Ramadhan In My Heart 7.0 (Program Wakaf Telekung) kali ini adalah tahun ke 7 yang telah dianjurkan oleh pihak kami. Alhamdulillah program ini disambut baik oleh ibu bapa disamping mendidik anak-anak tentang kesedaran berwakaf dan membantu insan yang memerlukan.


Selaras dengan itu bagi tahun ini, Neurokhalifah telah bersama-sama berkolaborasi dengan Naura Kasih untuk mencari pewakaf telekung bagi mencapai sasaran 800 pasang telekung dewasa dan pengagihan akan diberikan kepada golongan kurang berkemampuan seperti asnaf, muallaf, fakir miskin dan rumah kebajikan.


Justeru untuk parents dermawan yang berminat untuk mewakafkan telekung, parents hanya perlu membuat bayaran ke no akaun:

?(MAYBANK – Neurokhalifah Group Sdn Bhd) : 562058072643

?Telekung Noura & Telekung Noura Basic = RM69

?kemudian emailkan resit bayaran ke:

wakafneurokhalifah@gmail.com

sertakan

?Nama :

?Jumlah wakaf : RM

?Barang apa dan kuantiti :


Ini kerana untuk memudahkan kami mengeluarkan jumlah duit wakaf anda dr akaun untuk wakaf telekungAllah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud:
“Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa”
?Semoga kita mendapat manfaat nya bersama-sama… InshaaAllah….?


#naurakasih#neurokhalifah#littlecaliphsjenjarom#littlecaliphstelokpanglimagarang#littlecaliphssijangkang#littlecaliphbentara#neurokhalifahacademy#shopneurokhalifah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *