Category "NK Academy"

10Mar2023

Tahniah kepada semua pemenang lucky draw.

NKA telah membawa 5 orang pemenang lucky draw untuk membeli-belah sepasang kasut sekolah “BATA” dan alat tulis di “POPULAR”.

Semoga semua pelajar dapat memulakan sesi persekolahan 2023 dengan baik.

Selamat Maju Jaya

10Mar2023
😎

PROGRAM CUTI SEKOLAH NKA KEMBALI !!!

😎

Cuti sekolah sudah bermula, tetapi ibu bapa khuatir kerana:

  • Cuti sekolah anak dihabiskan dgn bermain game

Mahukan aktiviti yg bermanfaat utk anak2NKA ada penyelesaiannya. Kami kembali lagi dengan program cuti sekolah ini. Program yg akan diadakan pada…

📍

Taitkh : 14,15&16 Mac 2023

📍

Terbuka kpd pelajar berumur 7-15 thn

📍

Sijil, minum pagi dan makan tgh hari disediakan

📍

Yuran penyertaan Rm79

📍

Pelbagai aktiviti menarik kami sediakan sepanjang 3 hari, antaranya:

  • Little scientist
  • Membuat origami
  • Slot mengaji
  • Oh My English!!
  • Water warrior
  • Permainan tradisonal

SukanekaApa tunggu lagi. Jangan lepaskan peluang ini. Rebut tempat segera di

📝

https://docs.google.com/…/1FAIpQLSd1YkohD…/viewform

Sebarang pertanyaan sebelum mengisi borang boleh hubungi

www.wasap.my/60142753958/activekidsprogramme

#neurokhalifah#littlecaliphsjenjarom#littlecaliphstelokpanglimagarang#littlecaliphssijangkang#littlecaliphstamanbentara#neurokhalifahacademy#naurakasih

23Feb2023

Alhamdulillah Selesai sesi Parent Teacher Meeting 2022.

Semoga kejayaan akademik dan kepimpinan pelajar sentiasa konsisten dan lebih terus maju di masa akan datang.

#neurokhalifahacademy #neurokhalifahacademyjenjarom #neurokhalifahacademysijangkang

17Feb2023

Assalamualaikum All Parents


Jangan lupa esok akan diadakan “Parents Teacher Meeting (PTM) di NKA Jenjarom & NKA Sijangkang


Objektif PTM kali ini pertemuan antara ibu bapa pelajar dan guru untuk mengetahui tentang perkembangan pelajaran anak mereka , dan dapat mengenal pasti bagaimana keadaan anak-anak masing-masing di dalam dan juga di luar kelas.


Tempat: NKA Jenjarom & NKA Sijangkang

Tarikh : 18 Februari 2023

Masa : 8.00 – 4.00pm NKA Jenjarom

: 4 pm – 6.00pm NKA Sijangkang
👉Jumpa esok ya parents


#neurokhalifah#littlecaliphsjenjarom#littlecaliphstelokpanglimagarang#littlecaliphssijangkang#littlecaliphstamanbentara#neurokhalifahacademy

#naurakasih

31Jan2023

Pihak NKA ingin berkongsi kegembiraan dengan semua, hari ini diadakan Majlis Graduasi Tahun 6 di Quayhall, Quayside buat pertama kalinya. Diharapkan majlis ini dapat dijadikan program tahunan di masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada pelajar tahun 6 NKA yang menamatkan sesi 2022 dengan jayanya. Semoga peroleh kejayaan untuk ke alam persekolahan menengah.

#neurokhalifah

#littlecaliphsjenjarom

#littlecaliphstelokpanglimagarang

#littlecaliphssijangkang

#littlecaliphstamanbentara

#neurokhalifahacademy

#naurakasih

6Jan2023

Tak terlambat lagi rasanya untuk mengcapkan selamat tahun Baru 2023 kepada semua.

💐

Selamat Tahun Baru 2023 !!

💐

Kami dari Neurokhalifah Group Sdn Bhd ingin mengucapkan:

SELAMAT TAHUN BARU 2023!!
Jadikan tahun lalu sebagai pelajaran dan tahun depan sebagai jalan mewujudkan impian.

IKHLAS DARIPADA
NKGSB

#neurokhalifah
#littlecaliphsjenjarom
#littlecaliphstelokpanglimagarang
#littlecaliphssijangkang
#littlecaliphstamanbentara
#neurokhalifahacademyjenjarom
#neurokhalifahacademysijangkang
#naurakasih

30Dec2022

Alhamdulillah pada tanggal 21hb December – 23hb December telah berlangsungnya NKA Booster Camp di NKA Jenjarom. Selama 3 hari berturut -turut program yang dijalankan penuh dengan pengisian yang sangat berfaedah dan memberi banyak pengajaran dan pembelajaran kepada para peserta.

Antara program2 yang dijalankan seperti Kelas Tajwid bersama NKA iaitu diketuai oleh SIR Hamzi dari NKA Jenjarom. Disini para peserta telah diajar tentang hukum-hukum Tajwid dan kemudian diikuti dengan Kelas mengaji bersama ustazah Aisyah Baain dari Azdan Quranic Center.

Pada hari kedua pula , peserta-peserta telah bertemu pula dengan Coach Izwan dan Coach Amie dari Insaniah Training & Consultancy. Disini peserta telah didedahkan bagaimana untuk menjadi orang yang berguna dan berjaya dengan membentuk Jati Diri dari segi mental dan fizikal.

Hari terakhirnya, NKA telah bergabung dengan Trio Consultant (STEM ) dari Uitm Puncak Alam. Di sini mereka telah melakukan banyak ekperiment dari segi sains dan juga matematik.. Antara aktiviti yang dijalankan seperti Ice Pop, Bina Roket dan juga Speed & Race.

Alhamdulillah semua peserta memberikan feedback yang baik dan sanagt bersemngat apabila mengikuti program NKA Booster Camp ini.. Terima kasih juga pada semua fasilitator dan speaker kerana sudi bekerjasama bersama Neurokhalifah Academy. Semoga kita akan bertemu lagi di event-event yang akan datang ..Insyallah.

2Dec2022

Assalamualaikum semua

😉

Anda belum ada perancangan untuk anak2 musim cuti sekolah ini?? NKA buat pertama kalinya mengadakan kerjasama dengan public figure dan agensi luar untuk *NEUROKHALIFAH BOOSTER CAMP*

Kem ini terbuka kepada semua pelajar yang *berusia 9-15tahun* selama 3 hari hanya rm89 sahaja.

Pelajar akan menerima

📍

*Sijil penyertaan*

📍

*Kit STEM experiment*

Jika berminat, boleh isi borang dan buat pembayaran di account CIMB atas nama Neurokhalifah Group Sdn Bhd

📍

8603995592 https://forms.gle/hzoD8ppyWRYiMC7C7

9Nov2022

Hari minggu yang lepas, Neurokhalifah Academy telah julung kalinya membuat lawatan sambil belajar di Selangor Fruit valley. Seramai 100 orang (81 = pelajar, 19 = guru n parents ) yang terlibat dengan lawatan tersebut.

Objektif lawatan ini ialah:

1. Mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru

2. Memupuk semangat cinta akan flora dan fauna

3. Mengenali susur galur haiwan dan tumbuhan tempatan

Selangor Fruit Valley yang terletak di Bestari Jaya merupakan kawasan yang terbentang luas dengan pelbagai daya tarikan bagi membolehkan para pelajar mengalami sendiri pengalaman aktiviti pertanian dan merasai pelbagai jenis buah tempatan serta sayur-sayuran yang segar. Pelbagai aktiviti menarik seperti Menaiki Tram. Lawat Pavilion, Laman Mini Herba & Eco BridgeLawat Taman Rusa, Taman Arnab & Laman Itik , Lawat Rumah Kampung dan paling seronok percuma buah potong dan air kelapa.

SFV dengan keluasan lebih kurang 1000 hektar merupakan satu kawasan yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan tiga (3) tujuan utama iaitu jaminan makanan (food security), pelancongan pertanian (agrotourism) dan usahawan tani (agrotreperneur).SFV dilengkapi dengan 25 jenis buah-buahan tempatan seperti kelapa pandan, jambu, nangka, manggis, durian, rambutan, pulasan, belimbing, nangchem, mangga, manggis, cempedak, pisang, dukong dan sebagainya.Jom lihat kelatah anak-anak NKA Jenjarom dan NKA Sijangkang.

Jom lihat kelatah anak-anak NKA Jenjarom dan NKA Sijangkang.


1Nov2022

26 seats lagi

🥳

Kali ini, NKA membuka peluang kepada pelajar bukan NKA dan juga adik beradik yg ingin turut serta. Terbuka kepada pelajar berumur 5,6 tahun dan sekolah rendah sahaja

😉

Sila isi https://forms.gle/78YiFPuicVe7f7qD6 dan pembayaran boleh dibuat di account 8603995592 CIMB.

Resit pembayaran boleh di attach pada google form tersebut.

📍

Jom sertai kami